
|
Hello! Wallo! Credit
| MARHABAN YA RAMADHAN
*Dalam kelas 3 Planet* Ahmad : tik tok tik tok tik tok... Amir : lagi 4 hari kita akan berpuasa. Yay. Tak sabarnyaaa. Tiba-tiba... Naziff, Si gempal mencelah Naziff : Apelah yang best sangat dengan puasa tu haa amir? Aku tak faham betul dengan kau ni. Kau tahu tak nanti kita kene bangun awal untuk bersahur sedangkan waktu tu semuaorg masih dibuai mimpi mimpi yang indah. Pastu nanti kita kene bangun qiam. Pastu nanti kita kene tahan lapar. Pastu nanti kita kene solat terawih. Kau tahu tak semua tu menyusahkan? Amir : Menyusahkan? Aku rasa tidak. Itu sesuatu yang mencabar dan menyeronokkan! Cuba kau bayangkan. Kau ada satu permainan ni tau, tapi permainan tu permainan yang terakhir yang ada dalam dunia. Kau nak ke sia-siakan/ rosakkan hari hari kau dengan permainan tu? Taknak bukan. Jadi, kau kene anggap laa bulan Ramadhan tu macam permainan tu sebab bulan ramadhan cuma ada sebulan je setahun. Takkan kau nak sia-siakan plk an? Cuba kau bayangkan lagi, tahun ni tahun terakhir kau dapat berpuasa dlm bulan ramadhan, solat terawih, bangun qiam, tahan lapar, bangun awal untuk sahur haaa? Fikir balik eh c: Naziff si gemapl itu terdiam seketika... Naziff : Betullah cakap kau amir. terima kasih kerana sedarkan aku. Sayang anta kerana Allah1 *end* Semoga antum dapat isi ape yaang ana cuba nak sampaikan ini. Maaf atas segsala kekurangan yang ada pada diri ini. Jangan sia-siakan bulan Ramadhan antum dengan perkara perkara yang lagha. Setiap kali antum beribadah, anggaplah itu kali terakhir antum melakukannya. Kerana mati semakin dengan kita. Semoga sentiasa dalam jagaan Allah Yang Maha Esa. Wallahu A'lam. Allah, Rasulullah ibubapa sepatutnya yang keberapa dalam hati?
Assalamualaikum w.b.t Masa berlalu dengan pantas tuptaptuptap..... Dah masuk bulan REJAB Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati bulan ni. Yang belum habis ganti puasa tu, cepat sikit yaa gantikan. jangan tangguh-tangguh. hihiHmm... Kita sepatutnya sayang kepada siapa? Masa kecik kecik dulu... "Satu-satu saya sayang Allah, Dua-dua saya sayang rasulullah, Tiga-tiga sayang ibubapa, Satu dua tiga sayang semuanya." "I love you, Allah" "I love you, Rasulullah" "I love you mama, papa" Tapi sekarang lain jadinya... "Satu-satu saya sayang boypreng, Dua-dua sayang boypreng sangat sangat, Tiga-tiga dia sayang dia selamanya, Satu dua tiga only him in my heart." "I love you, biy" "I love you honey" "I love you so much sayang" Inilah remaja sekarang. Lebih sayangkan boypreng, girlpreng mereka. Yang belum halal untuk mereka. Yang belum pasti jodoh mereka. "Macam mana istilah boypreng girlpreng wujud?" Ini kerana terikut ikut dengan trend orang barat. Dulu, kini dan selamanya kita sepatutnya meletakkan Allah yang Pertama. Rasulullah yang Kedua Ibubapa yang Ketiga. "Boypreng girlpreng tu yang keberapa pulak?" Selagi mereka belum jadi halal untuk kita, belum jadi isteri atau suami yang sah, jangan letakkan mereka dalam hati. "Kenapa jangan?" Sebab nanti kita zina hati. Nauzubillahiminzalik. Mari kita cek balik diri masing masing. Dan tengok balik, Allah Rasulullah dan ibubapa yang keberapa dalam hati kita? Dan janganlah kita ikut trend orang barat yang ada istilah boypreng girlpreng. Kita ni adalah golongan orang yang berada pada akhir zaman. Jadi, persiapkan diri. Perbanyakkan amal. Wallahu A'lam. Berubah //
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah ala kulli ni'mah.
Macam mana dengan cuti anda? Adakah anda mengisinya dengan perkara yang bermanfaat? Apa khabar wahai Iman? Adakah anda sudah baginya makan? Hihi Tepuk dada tanya Iman. Cuti sekolah bersisa-sisa sebulan 2 hari lagi sebelum masuknya tahun baru. Bagaimanakah dengan persiapan anda? Adakah anda sudah bersedia menghadapinya? Sebelum masuknya tahun baru, pasti ada yang nak berubah kan? ^^, Siapa yang taknak berubah? Di setiap sudut hati semua manusia pasti ada yang nak berubah. Tetapi, perubahan yang kita nak tu mestilah perubahan yang baik dan perubahan kita tu mestilah niat kerana Allah. Cth : -Nak berubah dari segi solat. Dahulu ku solat lambat. 5 minit sebelum azan Asar baru aku nak solat Zuhur. Tahun baru ni aku nak solat di awal waktu. -Nak berubah dari segi mengisi masa lapang. Aku yang dulu mengisi masa lapang dengan mendengar lagu Kpop je. Drama Koghea (Korea) je. Senang cerita, waktuku semuanya aku menghabiskan dengan perkara-perkara lagha. Tahun baru ni aku nak isi masa lapang dengan belajar, membaca Al-Quran dan sebagainya. Kalau kita nak berubah, kita kene praktikkan dari sekarang. Tetapi, perubahan tu janganlah drastik kerana takut takut kita tidak ikhlas melakukannya. Perubahan tu kene lah step by step. Bayi yang baru lahir pun tidak boleh terus berlari. Mereka akan belajar pusing, meniarap, merangkak dan kemudian berlari. Jadi, kita yang nak berubah ni pun kene lah slow slow. Dan kita mestilah istiqomah. Dan janganlah kita berniat berubah ke arah yang buruk. Janganlah terlampau ikut trend. Cth : Dahulu aku pakai tudung labuh. Bawah dada. Bawah siku. Tahun baru nanti aku nak pakai turban lah. Buat bonggol tinggi tinggi macam unta. Cuti ni aku nak praktikkan pakai turban. Nau'zubillah. Jangan lah ikut trend akhir zaman ini. Trend akhir zaman ini adalah untuk menyesatkan manusia. Kerana ia akan membawamu ke neraka kelak. Jadi, kita manusia mempunyai akal untuk berfikir. Untuk menentukan nasib kita di akhirat kelak. Kalau kita pilih berubah ke arah kebaikan, insyaAllah kita akan memperoleh syurga kelak. Kalau kita pilih berubah ke arah keburukan, syaitan- syaitan dan iblis-iblis melompat gembira kerana mereka mempunyai penghuni neraka baru. Renung-renungkanlah.. "Your life, Your Choice" Ikhtilat? Perlu ke?
In the name of Allah, the most merciful. Alhamdulillah, bersyukur ke hardrat ilahi kerana kita masih diberi peluang sekali lagi untuk bernafas, beribadah kepada Allah dan kembali ke jalan yang benar. Ikhtilat? Ape itu ikhtilat? Perlu ke kita berikhtilat? Ape yang istimewanya dengan berikhtilat? Adakah Allah akan beri pahala yang berlipat ganda kepada kita yang berikhtilat? Astaghfirullah Hal Azim. Mari kita muhasabah diri. Ikhtilat itu adelah pergaulan. Pergaulan diantara kaum adam dan kaum hawa. Hukumnya bergantung tetapi kalau kita tiada urusan penting kita tidakperlu lah berikhtilat kerana hukumnya adalah HARAM. Jadi, kita tidak akan dapat pahala setitik pun kalau kita berikhtilat. Ikhtilat, memang sangat sukar untuk dijaga.Ya, ana mengakuinya. Ana pun sedang menghadapinya sekarang. Tetapi, sampai bila kita nak terus berikhtilat? Sampai bila kita nak terus menanggung dosa kita berikhtilat? Astaghfirullah Hal Azim. Kalau ada yang menjaga ikhtilat sebab nak PMR/SPM jee rasanya tak perlu. Kerana anda tidak istiqomah. Kerana selepas PMR/SPM pastinya anda akan berikhtilat seperti dulu. Dan semuanya sia sia sahaja. Tetapi, kalau ada sesiapa yang memang ada niat nak menjaga ikhtilat, lakukannya dengan cepat. Jikalau anda ade nombor, Id wechat kaum adam/hawa, cepat cepatlah buang. Takut takut pabila iman anda sedang goyang, anda berikhtilat semula. Dan, jangan pernah berhenti beristiqomah ^^, Ini jee yang ana dapat kongsi. Jadi, still ada masa lagi untuk berubah, menjaga ikhtilat ^^, Jom berubah bersama-sama dan masuk syurgaNya bersama! :) |